Education

Degreee in Japanese Studies from Tokyo University of Foreign Studies under “Mombusho” scholars. A Certified Trainer/Coach.

Descriptions

Puan Hannifah mendapat latihan dalam bidang Pengajian Jepun di Tokyo University of Foreign Studies di bawah biasiswa “Mombusho” Kerajaan Jepun. Setelah tamat pengajian beliau berkhidmat di University of Malaya sebagai tutor bahasa Jepun semenjak tahun 1983.

Pada tahun 1989, beliau menyertai Sistem Televisyen Malaysia Bhd dalam unit penterjemahan dan sarikata.  Setahun kemudian, beliau menjadi eksekutif latihan yang pertama di TV3 and melangkah sebagai pengurus latihan yang pertama.  Di TV3 Haniffah mendapat latihan yang meluas dalam bidang pengurusan dan pembangunan modal insan. berubahan dengan peredaran masa. Haniffah telah meneruskan pengajian professional dalam bidang pembangunan sumber manusia untuk mendapat Sijil CIPD (Certificate in Training Practice) yang dianugerahkan oleh Chartered Institut for Personnel Training and Development-UK pada tahun 2000.

Seterusnya Haniffah telah berkhidmat sebagai Pengurus dengan sebuah NGO iaitu Yayasan Budi Penyayang di bawah naungan Allahyarham Datin Seri Endon Mahmood. Haniffah telah beralih semula dalam bidang pembangunan modal insan dan dilantik sebagai Pengurus Latihan dan Pentadbiran selama setahun di Denso Corporation.

Setelah itu, beliau berkhidmat sebagai Pengarah Acara di sebuah firma pengurusan dan rundingcara (Specialist Management Resources) dan telah menggendalikan Asia HRD Congress 2006 di Jakarta, bersama Tun Dr Mahathir Muhammad sebagai pengucaptama.

Dengan sijil CIPD Haniffah menjadi pelatih/konsultan di Singapore, Thailand, Brunei dan Indonesia selain dari pelbagai negeri di Malaysia untuk program awam serta latihan dalaman.   Di antara kliennya adalah Jaya Jusco, Retail Association of Malaysia, UOB Bank, Malaysian Internal Security Association (MISA), ACNielsen, TH Properties, Nokia, British American Tobacco, Bank Pertanian Malaysia, Dorsett Regency Hotel, SPK Group of Companies, Petronas Dagangan, La Farge, Bank Rakyat, SIRIM.

Di antara program yang telah dipimpin adalah Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang, Pembangunan Pengurusan, Kemahiran Penyampaian Perniagaan, Kepimpinan, Penyeliaan Berkesan, serta ‘Train-the-Trainer’, Kemahiran Memberi Maklumbalas dan Kejurulatihan.  Beliau telah melatih beberapa orang jurulatih dalam ‘Training Design and Development’ untuk Certificate in Training Practice (CTP) yang ditawarkan oleh UK Chartered Institute Personnel Development (CIPD – UK).