11 ANCAMAN KEWANGAN PESARA

Rancak dibincang dan difikirkan oleh pelbagai pihak yang cenderung kearah umur persaraan bukan hanya yang berada dilingkungan 50an malah seawal 40an telah berkira-kira perancangan yang hampir tiba dengan pelbagai persoalan bermain diminda diantaranya ialah perihal Kewangan pasca persaraan!

Berikut adalah senarai penuh 11 Faktor utama yang membelenggu kebanyakan yang bakal menghadapi tahap berikutnya dalam kehidupan iaitu ‘fasa keemasan’. Tahniah kepada yang telah bersedia

ANDAIKATA:
Encik Ahmad bersara dan punyai wang tunai sebanyak RM1,000,000.00 pada HARI INI ketika beliau mengambil keputusan untuk bersara, jom kita lihat apakah faktor dan berapakah faktor-faktor utama yang mengalir laju keluar dari kantung akaun bank tuan puan sekalian.

No 1. Diantara Faktor utama yang memerlukan belanja yang besar ialah sekiranya ada perancangan renovasi rumah ataupun membeli rumah baru, renovasi bermula serendah RM50,000-RM150,000 bergantung kepada individu, kita ambil contoh RM100,000, maka tinggal lagi baki sebanyak RM900,000.00

No.2 Sebahagiannya punyai impian untuk merasa juga membeli kereta idaman, walau tidak yang baru kereta idaman terpakai pun jadilah. Katakan kereta baru dibeli cash(sudah tidak bekerja) dengan harta purata RM100,000.00. maka baki terkini wang persaraan tinggal RM 800,000.00

No.3 Ada lagi 1-2 orang anak-anak kecil kita yang masih belajar di Institusi Pengajian Tinggi, sedikit sebanyak masih perlukan bantuan dari ibu-bapa walau punyai biasiswa atau pinjaman, tambahan pula anak-anak sekarang rata-rata inginkan kenderaan untuk kekuliah. walaupun Perodua Viva, ianya melibatkan wang juga. Anggaran perbelanjaan pendidikan diInstitusi tempatan RM50,000.00. maka tinggal lagi RM 750,000.00

No.4 Tamat pembelajaran, ibu-bapa sibuk memikirkan soal jodoh anak pula, dengan kos sara hidup yang tinggi. bekerja selama 5 tahun belum tentu dapat dikumpul anak-anak kita sebanyak RM50,000.00 untuk kos perkahwinan mereka secara realitinya, kerana komitmen kenderaan dan sara hidup mereka hanya sekadar mencukupi, perlu sedikit masa lagi untuk stabil dengan kenaikan pangkat dan sebagainya. Ibu-Bapa terpaksa menjadi Bank FAMA sebanyak RM50,000.00 untuk bantuan perkahwinan dan pascanya sekali. tinggal baki sebanyak RM 700,000.00.

No.5 Dilema dan Serba salah membelenggu ibu-bapa pabila bersangkutan dengan alasan ini; Tujuan yang sangat subjektif keberhasilannya nanti, perniagaan bukan asbab modal semata-mata dan ia tidak dapat diselesaikan hanya dengan modal! Berhati-hati wahai ibu bapa dan kepada anak-anak, berfikir panjanglah dan kasihanilah kepada orang tua kita! susah senang terguling carilah solusi sendiri jangan diheret orang tua kita bersama, adik beradik lain juga punyai hak saksama keatas HAK orang tua kita. jika faktor ini berlaku saya anggarkan sekitar RM50,000.00 – Rm100,000.00 diperlukan. andaikan RM700,000.00 – RM50,000.00 jadi kini tinggal baki RM 650,000.00!

No.6 Puluhan tahun mencurah keringat, tidak semua bernasib baik bekerja punyai peluang bekerja sambil menjelajah kenegara orang. Kini, masa menjadi milik kita, maka dirancang ke pelbagai destinasi dan yang paling popular dikalangan Muslim ialah Makkatul Muqorromah, saya anggarkan kos ketempat lain juga sepanjang hidup sebanyak RM70,000.00. Nilai kini berbaki RM 580,000.00

No.7 Diantara faktor yang paling menakutkan, sebut berapa sahaja jumlah insuran yang ada, pabila dijemput penyakit kritikal pastinya tidak mencukupi kerana mustahil dikala segar kini seseorang membayar kos perlindungan kad medikal sebanyak jutaan ringgit yang memerlukan caruman mencecah ribua ringgit bagi setiap orang(secara majoritinya), walaupun pilihan dihospital kerajaan kini jauh lebih baik terlebih dahulu dari pelbagai sudut; namun, ruangnya amat terhad ekoran jumlah pesakit yang terlalu ramai. saya anggarkan kos ini berjumlan RM50,000.00 untuk tambahan dari apa yang ada. nilai kini sekitar RM 530,000.00

No.8 Tidak semua yang mempunyai hobi yang sedimikian, tetapi jangan pandang remeh kerana ada yang punyai hobi yang mahal; dahulunya diwaktu mudanya tertangguh kini masa membalas dendam kesumat :). saya anggarkan sekitar RM30,000.00 sepanjang hayat. kini nilai RM 500,000.00

No.9 Lain-Lain perkara ini diantara yang menyusutkan dengan kadar cepat, pelbagai perkara kecil yang membawa kepada besar perbelanjaannya, contohnya, menghadiri pelbagai kenduri sanak saudara sahabat handai dipelbagai ceruk negara dan lain-lain lagi. saya anggarkan sekitar RM20,000.00 sepanjang hayat selepas persaraan. kini tinggal RM 480,000.00

No.10 Kini jumlah RM 480,000.00 inilah yang akan digunakan kita sepanjang hayat, mungkin untuk 10 hingga 20 tahun akan datang, ya lega jika meninggal sekiranya umur masih panjang, ia memerlukan wang… Persoalan seterusnya adalah, cukupkah jumlah RM 480,000 untuk menampung perbelanjaan kehidupan sepanjang 25 tahun setelah bersara kelak?

Izinkan kami kongsikan sedikit pengiraan: ‘Berapa lamakah wang anda dapat bertahan?‘Dengan menggunakan pengiraan berdasarkan Time Value of Money (TVM)

Andaian: Wang simpanan anda yang berbaki RM 480,000 disimpan di instrumen yang memberikan pulangan tahunan sebanyak 6%, dan ianya dilaburkan, dan wang tersebut dikeluarkan secara bulanan dengan konsisten dalam jumlah yang tetap seperti berikut:

Pengeluaran RM 3,000 = Wang simpanan anda mampu bertahan sehingga 27.6 tahun
Pengeluaran RM 4,000 = Wang simpanan anda mampu bertahan sehingga 15.7 tahun
Pengeluaran RM 6,000 = Wang simpanan anda mampu bertahan sehingga 8.8 tahun
Pengeluaran RM 3,000 = Wang simpanan anda mampu bertahan sehingga 6.1 tahun

No.11 Kami senantiasa menggalakkan kedua ibu bapa skami yang telah bersara untuk Infaq sebanyak semampu mereka, kerana tanggungjawab membesarkan anak telah selesai. sedikit sebanyak bekalan harga tanda kasih sayang telah ditanda walau belum diagih. selebihnya LABUR untuk diri sendiri kerana PELABURAN untuk kesana pada tahap ini diumur mereka, sangat Kritikal…. pabila dunia telah cukup, FOKUS pula kepada akhirat insya Allah

BUKAN jumlah yang ingin dibahaskan tetapi realiti yang harus ditempuhi yang memerlukan perancangan rapi. Perancangan memerlukan pelan tindakan dan pelan tindakan memerlukan DISIPLIN untuk dilaksanakan dengan jayanya..

FMC telah menganjurkan melebihi 100 siri bengkel perancangan kewangan, bisnes mentor dan kewangan pengurusan syarikat, pengurusan korporat serta pengurusan kewangan peribadi dipelbagai syarikat di sekitar Asia Pasifik. Hubungi pasukan kami untuk perbincangan dan pelbagai pertanyaan untuk pengurusan individu, syarikat SME dan juga korporat di admin@faisalmalikco.com

Pautan: Personal Financial Planning
11 Characteristics of Debt Free People
11 Ancaman Kewangan Persaraan

Related Posts

Malaysia to regain Top 12 position

Malaysia’s Decline in 2024 (The International Institute for Management Development (IMD) released the 2024 World Competitiveness Ranking (WCR) in June...

Leave A Reply