Islamic Economy stands firm amidst uncertainty

Countries across the globe continue to build more robust Islamic economy ecosystems despite the Covid-19 pandemic.

Approximately 1.9 billion Muslims spent about US$2.02 trillion on food, pharmaceuticals, cosmetics, fashion, travel, and media & recreation in 2019, with an annual growth rate of 3.2%.

Unfortunately, the Covid-19 pandemic affected consumption across the globe since its first surfaced at the end of 2019. The Islamic-faith-inspired economy was not spared either, as halal spending contracted by 8% in 2020.

However, the spending is expected to pre-pandemic levels by the end of 2021, with exception of the travel industry. In the next four years to 2024, halal spending could reach USD2.4 Trillion, which represents a cumulative annual growth rate (CAGR) of 3.1%, according to the State of the Global Islamic Economy Report (SGIE) 2020/2021.

Produced by US advisory firm, DinarStandard, the report disclosed that the value of Islamic Finance Assets was expected at USD288 trillion in 2019, with this figure largely unchanged in 2020.

However, moving forward to 2024, this amount is expected to grow to USD3.69 trillion at a CAGR of 5%, predicts the annual SGIE report.

Related article the emerging demand of the ‘Syariah Audit” –> https://faisalmalikco.com/syariah-audit-and-halal-compliance-the-way-forward/

Mikro Ekonomi merupakan solusi kepada sektor pekerjaan diera krisis Covid-19

Menurut bancian yang dilakukan oleh DOSM pada tahun 2016, sektor PKS merangkumi sebanyak 907,065 entiti dimana 693,670 daripadanya adalah dari kalangan PKS mikro. Persatuan SME mengganggarkan lebih dari 200,000 PKS terpaksa gulung tikar ekoran dari krisis Covid-19 dan PKP, rata-rata dari kalangan mikro PKS ini berada didalam kategori B40 dan sekiranya ekosistem ini didarab dengan purata ahli keluarga seramai 4 orang, maka seramai 800,000 rakyat yang secara tidak langsung berada dalam kategori ini bakal berhadapan dengan krisis kelangsungan hidup yang meruncing. Ini tidak termasuk dari PKS kategori sederhana.

Sektor lanskap pekerjaan dan ekonomi bakal berubah, kerajaan dan pihak swasta tidak akan mampu menampung dan menyediakan jumlah pekerjaan yang mencukupi didalam kekangan kelembapan ekonomi global ini. Bantuan Sara Hidup stimulus ekonomi merupakan bantuan bersifat jangka masa pendek. Apa yang lebih kritikal kini adalah kelangsungan selepas Covid-19 yang jauh lebih mencabar untuk tahun-tahun yang mendatang. Justeru dengan itu, satu tindakan perancangan yang ampuh perlu dibuat dengan segera untuk mengadapi cabaran mendatang. Diantara cadangan seperti:-

1- Pasukan Pemikir

Tubuhkan pasukan pemikir dari pelbagai pemain sektor ekonomi dan perniagaan yang terdiri dari pakar-pakar yang berkelayakan dan berpengalaman, dan di selia oleh sekreteriat yang melaporkan terus kepada Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar dan Unit Perunding Ekonomi Negeri (UPEN).

( Pandangan peribadi Faisal Malik tentang skim Penjana yang diumumkan dalam bajet 2021 untuk mengurangkan jurang pengangguran dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. )

2- Menggabungkan Pusat Pembangunan Skil

Penggabungan ini boleh menjimatkan pebagai sumber dari sudut logistik, tenaga pengajar, dan lain-lain dalam skala ekonomi yang besar, pembangunan skil ini sangat penting dalam memastikan kelangsungan dan kelestarian program pembangunan sehingga ke akar umbi. Walaupun semudah pembelajaran menjahit baru secara pukal. Selebih dari itu adalah pengembelingan tenaga dan penyatuan sumber disatu-satu kawasan didalam daerah tertentu disetiap negeri.

3- Pembangunan Dasar Mikro-Ekonomi Setempat

Keterbatasan pergerakan dengan penjarakan sosial pasca PKP nanti, pengimportan barangan dan sebagainya akan mewujudkan satu peluang baru. Fokus kepada pembangunan sektor mikro-ekonomi secara sistematik dan tersusun akan menyuburkan sektor mikro-ekonomi, tempias ini secara tidak langsung akan mula dirasakan kepada sektor SME sederhana oleh kerana rantaian ekonomi ini saling berkait diantara satu dengan yang lain.

4- Mewujud dan menggalakkan Entiti Sosial ‘Social Enterprise’

Jadikan ia sebagai ‘community driven approach’, model ini lazimnya terlibat dalam pelbagai bidang dan ianya digunapakai sejak ribuan tahun dahulu lagi, mengambil contoh Universiti Al-Azhar di Mesir yang tidak mengenakan yuran pengajian kepada pelajar. Hospital pakar bedah Narayanan di India yang tidak mengenakan bayaran kepada fakir miskin, yang kurang kemampuan membayar sedikit manakalan golongan yang mampu membayarnya dengan harga yang penuh, dan dengan kecekapan pengurusan serta tadbir urus yang baik, keuntungan dari mereka yang membayar penuh diguakan untuk menampung fi kepada yang kurang bernasib baik. Dan mereka mampu menurunkan kos pembedahan dengan kualiti yang tinggi sebanyak lebih rendah dari 50 kali  ganda harga di Hospital Washington State, dan membantu ratusan ribu rakyat India yang memerlukan.

Social Enterprise Model

5- Wujudkan kembali sistem vendor (Mentor Mentee)

Anak syarikat GLC serta GLIC negeri boleh memainkan peranan penting dalam memacu sektor yang berkaitan dengan GLC. Wujudkan kembali jaringan ekosistem pembekal dikalangan mikro-PKS dengan semangat untuk membantu dalam konteks mancapai wawasan kemakmuran bersama. Perkecilkan setiap kontrak kepada blok-blok yang kecil agar lebih ramai PKS mandapat manfaat dalam masa yang mencabar ini. Dengan system sebegini maka akan lahirlah juara-juara dikalangan PKS yang mampu mengorak langkah kepada kelas yang lebih tinggi. Letakkan keseimbangan membuat keuntungan kepada tanggungjawab social untuk kelestarian kemakmuran ekonomi dijadikan teras. Lantik ahli lembaga pengarah dari kalangan mereka yang berkemampuan, mahir, profesional dan amanah.

6- Wujudkan Pusat Ekonomi Gig

Ekonomi gig merupakan diantara solusi kepada penggangguran serta permulaan kepada perniagaan. Pusat sehenti gig, inovasi atau kreatif setempat ini penting untuk berperanan sebagai pengganti kepada persatuan perniagaan yang sedia ada yang lebih menjurus kepada ahli-ahli perniagaan setempat. Sebaliknya sektor ekonomi gig ini tidak termasuk dalam kategori diatas. Ianya sesuatu yang baru sahaja bercambah sejak beberapa tahun yang lalu. Segmen ini lebih kepada membantu anak muda dan perkongsian sumber ini boleh situbuh bersama ekosistem ‘start-up’. Business Mentoring Ecosystem

7- Kerjasama antara Agensi

Mengadakan kerjasama bersama Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) seluruh Negara, berkongsi pelbagai sumber maklumat, jaringan serta bantuan logistik dengan mewujudkan pusat ‘Business Development Services (BDS)’dan kluster ekonomi. Masa untuk bekerjasama dengan model bisnes ‘co-exist’.

8- Jaringan Perniagaan

Jaringkan PKS yang berpotensi untuk mengorak langkah lebih jauh kehadapan dengan membantu melorongkan mereka untuk untuk jaringan dengan syarikat-syarikat besar yang memerlukan solusi kepada proses dan produk sokongan mereka. Contohnya seperti pembekalan bahan asas, komponen secara langsung kepada industri-industri tertentu.

Sektor PKS ini menerima tekanan yang paling kuat dalam ekosistem ekonomi ketika krisis Covid-19, dengan rezab kewangan yang sedia berkurangan, ini kan menyebabkan lebih ramai lagi yang akan kehilangan pekerjaan dan terpaksa menutup perniagaan mereka. Namum demikian, sekiranya pihak yang berwajid tampil dengan perancangan yang berkesan, cabaran yang dihadapi mereka ini mampu membuahkan peluang yang baru kepada PKS ini. Semestinya dengan bantuan dari seluruh ekosistem ekonomi.

Ditulis oleh Mohamad Faisal, dan ianya merupakan pandangan peribadi beliau.

Mohamad Faisal C.A.(M), CPFA(UK), CPSA(IBFIM), ASEAN CPA, CFPTM(US), ICDM, CBC(M), DPIN(Pakar Industri Negara) .Berpengalaman luas dalam bidang kewangan, korporat dan pembangunan SME. Beliau merupakan mentor bisnes, akauntan bertauliah, perancang kewangan dan mentor perniagaan yang bertauliah. Beliau  mendapat pendedahan sebagai ‘Business Mentoring for Mentors’ dari Entrepreneurship Development Institute of India (EDII) Ahmadebad dan ‘Entrepreneurship in Emerging Economies’ dari HarvardX Business School. Beliau juga dilantik sebagai ahli majlis kepada dua badan profesional negara, Pengerusi SMP Malaysia, Ahli Industri Perakaunan MPC, Penasihat industri kepada tiga universiti tempatan, dan juga merupakan pengasas FaisalMALIK & co [CA].

Hubungi kumpulan FMC di admin@faisalmalikco.com. untuk perkhidmatan khidmat rundingan dan nasihat berkenaan.

 

Disclaimer

All content provided on this ‘www.faisalmalikco.com’ for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of www.faisalmalikco.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.