Tindakan SME untuk terus relevan ketika krisis Covid-19

Menurut kajian INCIEF, 71.4% SME tidak dapat mempertahankan simpanan mereka lebih dari satu bulan. Beberapa industri mengalami kesan yang teruk, seperti industri penerbangan, perjalanan, baik masuk maupun keluar, hotel & penginapan, minyak & gas, pasar saham, automotif, dan perkhidmatan yang berkaitan dengan sektor ini. Enjin perniagaan ini hampir terhenti.

Dalam pada masa yang sama, industri tertentu seperti perniagaan makanan, barangan isi rumah & runcit, perniagaan dalam talian, penghantaran, hiburan, wi-fi, pengangkutan kargo, dan tentu saja bekalan perubatan dan perniagaan kesihatan mengalami permintaan yang luar biasa tinggi.

Namun, kesan pertumbuhan kumulatif bersih masih lagi negatif, dan beberapa pakar meramalkan pertumbuhan negatif yang suram menyebabkan kemungkinan kemelesetan. Dalam keadaan begini, ia memerlukan generasi pemimpin yang mempunyai kotak pemikiran yang jatidiri yang kental di kesemua peringkat. Pemimpin yang mampu mengendalikan perniagaan mereka dan memajukan agenda pertumbuhan organisasi mereka.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemacu SME


1- ALIRAN TUNAI

Segera lakukan analisa ketahanan aliran tunai dan mengubah bajet syarikat dengan mengambil kira belbagai situasi dan pilihan yang ada. Samada pengiraan dengan kadar rezab perniagaan yang sedia ada ataupun dengan rezab kewangan tambahan yang baru dari institusi kewangan, suntikal modal awam dari pemodal individu atau dari pelbagai model struktur model perniagaan. Unjuran ketahanan ini perlu dibuat sekurangnya untuk jangka masa 12 bulan akan datang. Keputusan sukar semestinya dijangka dalam keadaan sebegini dan pimpinan perlu membuat keputusan segera untuk mengelak dari pendarahan yang lebih parah. Beberapa inisiatif ditawarkan oleh pihak berwajib www.imsme.com.my

2- PELAN PERNIAGAAN

Penting dalam memacu perniagaan dengan melihat kembali pelan perniagaan dan pelbagai model yang dipraktikkan sebelum ini. ‘Business no longer as usual’, ini harus dilihat pada ketika ini dan keperluan dalam jangka pendek juga mempengaruhi gaya berbelanja dan selera rakyat. Ianya harus dilakukan dalam pelbagai aspek enjin (unit) perniagaan SME dari produk, pemasaran, sumber manusia hinggalah kepada kewangan. Sebahagian dari BMC ada dikongsikan disini Business Model Canvas

3- Analisa S.W.O.T

Kekuatan syarikat anda sebelum ini, berkemungkinan bertukar menjadi kelemahan atau tidak lagi relevan, aktiviti ini sangat diperlukan untuk menilai dimana kedudukan kita kini. Setiap hari ada sahaja pemain industri baru yang lebih dinamik dan pantas, yang perlu dilakukkan kita adalah mengenalpasti kembali dimana kekuatan kita untuk kita tonjolkan dan memperbaiki kelemahan yang ada samada dalam bidang automasi teknologi, struktur model perniagaan mahupun pembaharuan produk.

4- Mengatur kembali Objektif, Strategi, Taktikal, Alatan (Tools) dan Bertindak

Anda tidak membuat perkara yang baru disini, segalanya telah tersedia, apa yang perlu dilakukan adalah melawat kembali 3 perkara diatas, menganalisa, memasukkan data-data baru, kemampuan terkini serta dengan sumber yang tersedia. Maka proses seterusnya adalah mengatur langkah menyusun 4 elemen diatas: Objektif yang baru, Strategi yang sesuai, Taktikal masa dan sumber yang tersedia, Medium yang ingin digunakan, dan bentuk Tindakan yang ingin diambil

Kesimpulannya.
Kepemimpinan dalam masa krisis menuntut cara berfikir yang baru. Sekiranya anda terus melakukan apa yang anda buat, anda mungkin akan mendapat hasil yang sama. Covid-19 pasti memberikan makna dan pandangan baru dalam amalan perniagaan kepemimpinan. Yang penting pemimpin perlu berwaspada dan bersedia menyesuaikan diri dengan pesanan perniagaan baru selepas ini.

Ditulis oleh Mohamad Faisal, dan ianya merupakan pandangan peribadi beliau.

Mohamad Faisal C.A.(M), CIPFA, CPSA, ASEAN CPA, CFP, DPIN Berpengalaman luas dalam bidang kewangan, korporat dan pembangunan SME. Beliau merupakan mentor bisnes, akauntan bertauliah, perancang kewangan dan mentor perniagaan yang bertauliah. Beliau  mendapat pendedahan sebagai ‘Business Mentoring for Mentors’ dari Entrepreneurship Development Institute of India (EDII) dan ‘Entrepreneurship in Emerging Economies’ dari HarvardX Business School. Beliau juga dilantik sebagai ahli majlis kepada dua badan profesional negara, Pengerusi SMP Malaysia, Ahli Industri Perakaunan MPC, Penasihat industri kepada tiga universiti tempatan, dan juga merupakan pengasas FaisalMALIK & co [CA].

FMC sedia mendengar aspirasi syarikat diluar dan kami bersedia menyumbang dalam khidmat perundingan, latihan, bimbingan serta perkhidmatan profesional, hubungi kumpulan kami di admin@faisalmalikco.com