Bagaimana Kaedah Mengira Dividen KWSP?

Terdapat pelbagai persoalan bermain difikiran pencarum KWSP tentang bagaimana proses pengiraan dividen KSWP terutama sekiranya terdapat pengeluaran samada untuk tujuan (Pengeluaran perumahan, pembelajaran, kesihatan, pelaburan) mahupun penambahan caruman bulanan semasa.

Walaupun Dividen KWSP dikira hanya setahun sekali; Namun, kadar yang dihebahkan tersebut akan dikira secara ‘PRORATA’ kadar harian ‘daily rest’ terhadap setiap RM yang ada dalam akaun 1 & 2. Walaupun ada pengeluaran pada bulan-bulan yang tertentu, dividen akan tetap dibayar berdasarkan berapa lama tempoh hari pada tahun tersebut.

  • Untuk Caruman – Dividen hanya dikira pada hari terakhir pada bulan tersebut tanpa mengambil kira pada mana-mana hari pada bulan tertentu. Contohnya, Dividen hanya akan dikira pada 30hb April dan seterusnya walaupun caruman KWSP dimasukkan pada 20hb Mac pada tahun tersebut.
  • Untuk Pengeluaran – Dividen hanya akan dikira setakat pada hari sebelum hari pengeluaran, tiada dividen pada hari pengeluaran.

Cara Mengetahui Cukup ke Wang KWSP untuk bersara kelak? rujuk Berapa Lama Wang Saya Mampu Bertahan

Untuk Cara Pengiraan Dividen Oleh KWSP, boleh rujuk —-> http://myrakan.com/misc/kwsp.php

Apakah faktor-faktor utama yang menghabiskan wang persaraan anda? Video Faktor Kehabisan Kewangan

Contoh Pengiraan berdasarkan senario tersebut:

KWSP umum kadar dividen sebanyak 5.7% untuk tahun 2016. Baki terdahulu pencarum ialah sebanyak RM200,000.00 (Akaun 1 & 2), caruman bulanan pula sebanyak RM2,100 manakala pengeluaran sebanyak RM40,000.00 pada 20hb Januari 2016.

Dividen January ‘Dari 1 – 19hb Januari, dividen dikira sebegini’

Dividen akaun 1 & 2 = (200,000+2,100) X 5.7% / 365hari X 19 hari = RM599

Manakala dari 20- 30hb Januari pula dikira sedemikian

Dividen akaun 1&2 = (200,000 + 2,100 – 40,000) X 5.7% / 365hari X 11 hari = RM278

Pada 31hb Januari, Dividen dikira seperti berikut,

Dividen akaun 1&2 = (200,000 + 2,100 – 40,000 + 2,100) X 5.7% / 365hari = RM26

#Terima Kasih Kepada Rakan Kami di 1 million team, konsultan untuk pengiraan ini.

Sekiranya anda ingin mendapat pelbagai maklumat bengkel kewangan kami; Anda dijemput untuk menyertai ‘Group Whatsapp’ kami! Jangan Risau, Hanya ADMIN boleh kongsi maklumat: Bengkel Kewangan Kuasai Wang Anda 2021

LANGGANI e-BOOK Terbaru Kami

Dapatkan e-Book terbaru kami berkenaan ‘perancangan kewangan’. Klik link tersebut untuk maklumat lanjut —> https://faisalmalikco.com/product/E-Book/17-tips-jutawan-muda/


Perkongsian Pelbagai Tips Kewangan Oleh Kumpulan FMCo. Diketuai Coach FM, barisan Jurulatih dan Pengamal Kewangan Korporat/ Individu yang Bertauliah.Sertai Telegram https://t.me/TipsKuasaiWangbyFMCo

Related Posts

Malaysia to regain Top 12 position

Malaysia’s Decline in 2024 (The International Institute for Management Development (IMD) released the 2024 World Competitiveness Ranking (WCR) in June...

Leave A Reply