Mikro Ekonomi merupakan solusi kepada sektor pekerjaan diera krisis Covid-19

Menurut bancian yang dilakukan oleh DOSM pada tahun 2016, sektor PKS merangkumi sebanyak 907,065 entiti dimana 693,670 daripadanya adalah dari kalangan PKS mikro. Persatuan SME mengganggarkan lebih dari 200,000 PKS terpaksa gulung tikar ekoran dari krisis Covid-19 dan PKP, rata-rata dari kalangan mikro PKS ini berada didalam kategori B40 dan sekiranya ekosistem ini didarab dengan purata ahli keluarga seramai 4 orang, maka seramai 800,000 rakyat yang secara tidak langsung berada dalam kategori ini bakal berhadapan dengan krisis kelangsungan hidup yang meruncing. Ini tidak termasuk dari PKS kategori sederhana.

Sektor lanskap pekerjaan dan ekonomi bakal berubah, kerajaan dan pihak swasta tidak akan mampu menampung dan menyediakan jumlah pekerjaan yang mencukupi didalam kekangan kelembapan ekonomi global ini. Bantuan Sara Hidup stimulus ekonomi merupakan bantuan bersifat jangka masa pendek. Apa yang lebih kritikal kini adalah kelangsungan selepas Covid-19 yang jauh lebih mencabar untuk tahun-tahun yang mendatang. Justeru dengan itu, satu tindakan perancangan yang ampuh perlu dibuat dengan segera untuk mengadapi cabaran mendatang. Diantara cadangan seperti:-

1- Pasukan Pemikir

Tubuhkan pasukan pemikir dari pelbagai pemain sektor ekonomi dan perniagaan yang terdiri dari pakar-pakar yang berkelayakan dan berpengalaman, dan di selia oleh sekreteriat yang melaporkan terus kepada Dewan Undangan Negeri, Menteri Besar dan Unit Perunding Ekonomi Negeri (UPEN).

( Pandangan peribadi Faisal Malik tentang skim Penjana yang diumumkan dalam bajet 2021 untuk mengurangkan jurang pengangguran dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. )

2- Menggabungkan Pusat Pembangunan Skil

Penggabungan ini boleh menjimatkan pebagai sumber dari sudut logistik, tenaga pengajar, dan lain-lain dalam skala ekonomi yang besar, pembangunan skil ini sangat penting dalam memastikan kelangsungan dan kelestarian program pembangunan sehingga ke akar umbi. Walaupun semudah pembelajaran menjahit baru secara pukal. Selebih dari itu adalah pengembelingan tenaga dan penyatuan sumber disatu-satu kawasan didalam daerah tertentu disetiap negeri.

3- Pembangunan Dasar Mikro-Ekonomi Setempat

Keterbatasan pergerakan dengan penjarakan sosial pasca PKP nanti, pengimportan barangan dan sebagainya akan mewujudkan satu peluang baru. Fokus kepada pembangunan sektor mikro-ekonomi secara sistematik dan tersusun akan menyuburkan sektor mikro-ekonomi, tempias ini secara tidak langsung akan mula dirasakan kepada sektor SME sederhana oleh kerana rantaian ekonomi ini saling berkait diantara satu dengan yang lain.

4- Mewujud dan menggalakkan Entiti Sosial ‘Social Enterprise’

Jadikan ia sebagai ‘community driven approach’, model ini lazimnya terlibat dalam pelbagai bidang dan ianya digunapakai sejak ribuan tahun dahulu lagi, mengambil contoh Universiti Al-Azhar di Mesir yang tidak mengenakan yuran pengajian kepada pelajar. Hospital pakar bedah Narayanan di India yang tidak mengenakan bayaran kepada fakir miskin, yang kurang kemampuan membayar sedikit manakalan golongan yang mampu membayarnya dengan harga yang penuh, dan dengan kecekapan pengurusan serta tadbir urus yang baik, keuntungan dari mereka yang membayar penuh diguakan untuk menampung fi kepada yang kurang bernasib baik. Dan mereka mampu menurunkan kos pembedahan dengan kualiti yang tinggi sebanyak lebih rendah dari 50 kali  ganda harga di Hospital Washington State, dan membantu ratusan ribu rakyat India yang memerlukan.

Social Enterprise Model

5- Wujudkan kembali sistem vendor (Mentor Mentee)

Anak syarikat GLC serta GLIC negeri boleh memainkan peranan penting dalam memacu sektor yang berkaitan dengan GLC. Wujudkan kembali jaringan ekosistem pembekal dikalangan mikro-PKS dengan semangat untuk membantu dalam konteks mancapai wawasan kemakmuran bersama. Perkecilkan setiap kontrak kepada blok-blok yang kecil agar lebih ramai PKS mandapat manfaat dalam masa yang mencabar ini. Dengan system sebegini maka akan lahirlah juara-juara dikalangan PKS yang mampu mengorak langkah kepada kelas yang lebih tinggi. Letakkan keseimbangan membuat keuntungan kepada tanggungjawab social untuk kelestarian kemakmuran ekonomi dijadikan teras. Lantik ahli lembaga pengarah dari kalangan mereka yang berkemampuan, mahir, profesional dan amanah.

6- Wujudkan Pusat Ekonomi Gig

Ekonomi gig merupakan diantara solusi kepada penggangguran serta permulaan kepada perniagaan. Pusat sehenti gig, inovasi atau kreatif setempat ini penting untuk berperanan sebagai pengganti kepada persatuan perniagaan yang sedia ada yang lebih menjurus kepada ahli-ahli perniagaan setempat. Sebaliknya sektor ekonomi gig ini tidak termasuk dalam kategori diatas. Ianya sesuatu yang baru sahaja bercambah sejak beberapa tahun yang lalu. Segmen ini lebih kepada membantu anak muda dan perkongsian sumber ini boleh situbuh bersama ekosistem ‘start-up’. Business Mentoring Ecosystem

7- Kerjasama antara Agensi

Mengadakan kerjasama bersama Unit Pembangunan Ekonomi Negeri (UPEN) seluruh Negara, berkongsi pelbagai sumber maklumat, jaringan serta bantuan logistik dengan mewujudkan pusat ‘Business Development Services (BDS)’dan kluster ekonomi. Masa untuk bekerjasama dengan model bisnes ‘co-exist’.

8- Jaringan Perniagaan

Jaringkan PKS yang berpotensi untuk mengorak langkah lebih jauh kehadapan dengan membantu melorongkan mereka untuk untuk jaringan dengan syarikat-syarikat besar yang memerlukan solusi kepada proses dan produk sokongan mereka. Contohnya seperti pembekalan bahan asas, komponen secara langsung kepada industri-industri tertentu.

Sektor PKS ini menerima tekanan yang paling kuat dalam ekosistem ekonomi ketika krisis Covid-19, dengan rezab kewangan yang sedia berkurangan, ini kan menyebabkan lebih ramai lagi yang akan kehilangan pekerjaan dan terpaksa menutup perniagaan mereka. Namum demikian, sekiranya pihak yang berwajid tampil dengan perancangan yang berkesan, cabaran yang dihadapi mereka ini mampu membuahkan peluang yang baru kepada PKS ini. Semestinya dengan bantuan dari seluruh ekosistem ekonomi.

Ditulis oleh Mohamad Faisal, dan ianya merupakan pandangan peribadi beliau.

Mohamad Faisal C.A.(M), CPFA(UK), CPSA(IBFIM), ASEAN CPA, CFPTM(US), ICDM, CBC(M), DPIN(Pakar Industri Negara) .Berpengalaman luas dalam bidang kewangan, korporat dan pembangunan SME. Beliau merupakan mentor bisnes, akauntan bertauliah, perancang kewangan dan mentor perniagaan yang bertauliah. Beliau  mendapat pendedahan sebagai ‘Business Mentoring for Mentors’ dari Entrepreneurship Development Institute of India (EDII) Ahmadebad dan ‘Entrepreneurship in Emerging Economies’ dari HarvardX Business School. Beliau juga dilantik sebagai ahli majlis kepada dua badan profesional negara, Pengerusi SMP Malaysia, Ahli Industri Perakaunan MPC, Penasihat industri kepada tiga universiti tempatan, dan juga merupakan pengasas FaisalMALIK & co [CA].

Hubungi kumpulan FMC di admin@faisalmalikco.com. untuk perkhidmatan khidmat rundingan dan nasihat berkenaan.

 

Disclaimer

All content provided on this ‘www.faisalmalikco.com’ for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of www.faisalmalikco.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

‘STRESS TEST’ kepada SME

Hati-Hati, Peniaga.

Sebelum mengambil apa jua keputusan, ini diantara sebahagian elemen perlu diambil kira untuk mengelak dari yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran.

1- Stress Test

Diantara Soalan Stress-Test Syarikat semasa krisis ini:-

+ Apa yang akan berlaku sekiranya PKP dilanjutkan lagi selama sebulan
+ Apa yang berlaku sekiranya penghutang syarikat tidak lagi mampu meneruskan operasi
+ Apa yang akan berlaku sekiranya pembekal telah menutup perniagaan mereka
+ Apakah pilihan yang ada sekiranya permohonan pinjaman ditolak oleh syarikat kewangan
+ Berapa lamakah lagi sumber kewangan syarikat dapat bertahan
+ Apakah alternatif sumber kewangan yang sedang anda usahakan
+ Apakah produk anda masih relevan dikala permintaan jangka pendek hanya akan berlegar kepada keperluan asas yang penting sahaja.
+ Apakah aset tertentu anda masih relevan selepas PKP
+ Adakah kaedah pemasaran syarikat menggunakan ‘pemasaran digital’ dengan berkesan

Dan pelbagai persoalan lagi mengikut operasi kritikal (critical success factor).

2- Menganalisa ‘Scenario Planning’. Untuk membuat pilihan yang mana lebih kurang musibah dan impak kepada perniagaan. Buang emosi jauh-jauh, musibah tetap musibah.

3- Melakukan Intervensi ruang teroka baru.

+ Ubah, cipta atau sesuaikan perniagaan dengan model perniagaan masa kini dikala krisis.
+ Mencari rakan strategik lokal atau antarabangsa untuk mencari ruang tambah nilai baru.
+ Mengintai ruang kelemahan yanh ada dalam ruang ekonomi terkini dan melakukan analisa kesesuaian untuk melibatkan diri dalam ruang tersebut.
+ Memasuki pasaran baru dengan melakukan perubahan total.
+ Tunggu, dan buat keputusan untuk teruskan perniagaan sedia ada.
+ Keluar seketika, berehat dan datang kembali.


https://faisalmalikco.com/business-ideation-to-business-pl…/
( penulisan asal pada 2018 ini dipindahkan dari artikel LinkedIn Business Ideation to Business Plan Preparation (PART 2)

Ditulis oleh Mohamad Faisal, dan ianya merupakan pandangan peribadi beliau.

Mohamad Faisal C.A.(M), CIPFA, CPSA, ASEAN CPA, CFP, DPIN Berpengalaman luas dalam bidang kewangan, korporat dan pembangunan SME. Beliau merupakan mentor bisnes, akauntan bertauliah, perancang kewangan dan mentor perniagaan yang bertauliah. Beliau  mendapat pendedahan sebagai ‘Business Mentoring for Mentors’ dari Entrepreneurship Development Institute of India (EDII) dan ‘Entrepreneurship in Emerging Economies’ dari HarvardX Business School. Beliau juga dilantik sebagai ahli majlis kepada dua badan profesional negara, Pengerusi SMP Malaysia, Ahli Industri Perakaunan MPC, Penasihat industri kepada tiga universiti tempatan, dan juga merupakan pengasas FaisalMALIK & co [CA].

Hubungi kumpulan FMC di admin@faisalmalikco.com. untuk perkhidmatan khidmat rundingan dan nasihat berkenaan.

Disclaimer

All content provided on this ‘www.faisalmalikco.com’ for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of www.faisalmalikco.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.

This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

 

Business Ideation to Business Plan Preparation (Part 1)


The big question for a person who wants to start a new enterprise is “What Business to start?”

Identifying the right Business Opportunity is the core of success for any startup. A systematic and scientific approach is necessary for Opportunity Identification and we have opportunity to learn the process and structure, since it is not advisable to blindly copy any other’s business idea, which is generally done by people at large, resulting in start-up failures, because ideas which succeed in some places may not succeed in the same way in other places. Lots of due diligence and checks have to be done to ensure minimizing chances of failure.

This is one of the important attributes of an entrepreneur. An entrepreneur takes ‘calculated risk’ and not ‘risk’, it means it is a sound decision taken on the basis of extensive research and due diligence.

For the success of any enterprise, three things are very important on top of other criteria, viz., MONEY, PERSON and BUSINESS IDEA. If these three things are to rank in terms of their importance:


i- The prime important component is the “Person” behind the business. If the person behind the business idea is not entrepreneurial, the business is bound to fail no matter if the business idea is 100% viable and sufficient money is invested in the business. Beyond workable ideas and able to monetizing, a “motivation” factor on the person is very much crucial. Mclelland studies show energy or motivation contributes over 43% of business success, and there are several psychometric tests to justify the above traits either GETT (General Enterprise Tendency test, Motivation Trigger Color test or SRQ (Self-Rating Questionnaire). And yes, some of these tests being conducted beforehand by start-up incubators in some countries.

ii- The second most important component is the ‘Business Idea’ because the success of the business depends on the viability of the idea.

iii- The last important component is “Money”.

What do you think the most important aspect of Enterprises?

In the next posting, We will share on ‘Business Ideation Process’ & Business Plan Preparation