Terdapat pelbagai persoalan bermain difikiran pencarum KWSP tentang bagaimana proses pengiraan dividen KSWP terutama sekiranya terdapat pengeluaran samada untuk tujuan (Pengeluaran perumahan, pembelajaran, kesihatan, pelaburan) mahupun penambahan caruman bulanan semasa.
Walaupun Dividen KWSP dikira hanya setahun sekali; Namun, kadar yang dihebahkan tersebut akan dikira secara ‘PRORATA’ kadar harian ‘daily rest’ terhadap setiap RM yang ada dalam akaun 1 & 2. Walaupun ada pengeluaran pada bulan-bulan yang tertentu, dividen akan tetap dibayar berdasarkan berapa lama tempoh hari pada tahun tersebut.
- Untuk Caruman – Dividen hanya dikira pada hari terakhir pada bulan tersebut tanpa mengambil kira pada mana-mana hari pada bulan tertentu. Contohnya, Dividen hanya akan dikira pada 30hb April dan seterusnya walaupun caruman KWSP dimasukkan pada 20hb Mac pada tahun tersebut.
- Untuk Pengeluaran – Dividen hanya akan dikira setakat pada hari sebelum hari pengeluaran, tiada dividen pada hari pengeluaran.
Cara Mengetahui Cukup ke Wang KWSP untuk bersara kelak? rujuk Berapa Lama Wang Saya Mampu Bertahan
Untuk Cara Pengiraan Dividen Oleh KWSP, boleh rujuk —-> http://myrakan.com/misc/kwsp.php
Apakah faktor-faktor utama yang menghabiskan wang persaraan anda? Video Faktor Kehabisan Kewangan
Contoh Pengiraan berdasarkan senario tersebut:
KWSP umum kadar dividen sebanyak 5.7% untuk tahun 2016. Baki terdahulu pencarum ialah sebanyak RM200,000.00 (Akaun 1 & 2), caruman bulanan pula sebanyak RM2,100 manakala pengeluaran sebanyak RM40,000.00 pada 20hb Januari 2016.
Dividen January ‘Dari 1 – 19hb Januari, dividen dikira sebegini’
Dividen akaun 1 & 2 = (200,000+2,100) X 5.7% / 365hari X 19 hari = RM599
Manakala dari 20- 30hb Januari pula dikira sedemikian
Dividen akaun 1&2 = (200,000 + 2,100 – 40,000) X 5.7% / 365hari X 11 hari = RM278
Pada 31hb Januari, Dividen dikira seperti berikut,
Dividen akaun 1&2 = (200,000 + 2,100 – 40,000 + 2,100) X 5.7% / 365hari = RM26
#Terima Kasih Kepada Rakan Kami di 1 million team, konsultan untuk pengiraan ini.
Sekiranya anda ingin mendapat pelbagai maklumat bengkel kewangan kami; Anda dijemput untuk menyertai ‘Group Whatsapp’ kami! Jangan Risau, Hanya ADMIN boleh kongsi maklumat: Bengkel Kewangan Kuasai Wang Anda 2021
LANGGANI e-BOOK Terbaru Kami

Perkongsian Pelbagai Tips Kewangan Oleh Kumpulan FMCo. Diketuai Coach FM, barisan Jurulatih dan Pengamal Kewangan Korporat/ Individu yang Bertauliah.Sertai Telegram https://t.me/TipsKuasaiWangbyFMCo
This coronavirus pandemic or Covid-19, has traveled around the globe and as at the last count affected across the globe within a short span of time. It has taken most countries by surprise and set off motion to mitigate or stave off the deadly spread that can ultimately lead to death.
There are another serious issue arises from the virus, which is Poverty!
Help us to spread the simplify business plan to as a guide to our SMEs out there. Entrepreneurship is one the way out to the unemployment and poverty.
The Business Plan

Business Model Canvas

Disclaimer
All content provided on this ‘www.faisalmalikco.com’ for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The owner of www.faisalmalikco.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.









